Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya.Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan kamu adalah bunga kegemaran dia
Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara.Jadi hadiahkan kepadanya sebagai tanda kamu memohon maaf.Paling romantik jika coklat tersebut kamu suapkan ke mulutnya sebagai tanda kamu begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi
Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 ALASAN mengapa si dia perlu memaafkan kamu.Sebab pertama sudah tentulah kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya
Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik,apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran kamu berdua dengan ucapan memohon maaf.Tambah romantik jika kamu sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.Wahhh,romantiknya, :)
Jika berkesempatan,tunjukkan kemahiran memasak kamu.Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin.Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat,si dia pasti melupakan rajuknya
Apa kata kamu bawa si dia ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan.Pasti sweet kan?
Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara kamu berdua.Dengan kenangan manis tersebut,mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan kamu di atas segala masalah yang terjadi
Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya.Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan kamu yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf
Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf.Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf
Cara terakhir,apa kata kamu hantarkan SMS atau e-mel yang mampu mebuatkan si dia ketawa.Pasti si dia gembira.






jul de'chocho



No comments:
Post a Comment