Friday 25 November 2011

jul de'chocho

this is my friend.?he can make me happy when i sad. this is a very thumb person . errm . im not really knl dia .becos ku bruk berkwn nan ny juak . p dri pndangan ny tok , ny romantix ,sporting n wt ever la. haha. ! meq tauk taq baca tok lak jul . haha. jgn marah yer, haha!
nama real ny muhammad azizi li . haha. x pasti juak . n umo ny 5teen kali mun x slh . haha. mun slh buh mrh keyh . haha. ya jax pat ku cter . hehe

10 Perkara Lelaki Perlu Peka Tentang Wanita


Entri kali ini berkisarkan tentang 10 perkara lelaki perlu peka tentang wanita. Mungkin ada yang rasa aku ni minah jiwang sebab selalu post benda-benda merepek ni.Tapi kita sebagai manusia perlu ambik tahu bab-bab ni.Lebih-lebih lagi untuk kebaikan kita tak kira bila kita dah beranak-pinak nanti apa perkara perempuan tak suka berdasarkan pengalaman aku sendiri.


Mungkin sekarang aku dikatakan silap menilai pada masa itu.Dan dengan itu la aku bangkit untuk teruskan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.Orang cakap 'belajarlah dari pengalaman yang lepas'.Mungkin dia rasa bahagia dengan hidup dia.Oh mungkin dia tidak tahu kisah silam aku yang banyak menangis sebab lelaki dulu.Itulah manusia.

All about women :)

 Wanita sukar untuk mencari perkara yang dibencinya terhadap seseorang yang sangat disayanginya. (aku sokong sangat statement ini dan sebab itulah ramai wanita yang PATAH HATI apabila hubungannya terputus di tengah jalan ).

 Sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.Lelaki tak sama macam perempuan, itulah hakikatnya.

 Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.Bukan perempuan je rasa, lelaki pun akan bengang giler bila tengok awek dia serius semacam je.

 Wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu pujian.

 Wanita ni suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.So, wanita juga boleh menangis saat hatinya hancur even dia tak tunjukkan depan orang yang disayanginya.

 Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini TIDAK BERGUNA. Kata-kata macam itu even nampak ringan tapi susah untuk diterima oleh perempuan.

 Jika seseorang wanita itu memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab die memang tidak berminat denganmu.Memang annoying gila la kalau orang yang suka paksa-paksa ini.

 Jika kamu menyukai seseorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam kerana dari situlah bermulanya kepercayaan. (sokong sangat-sangat statement ni).

 Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Untuk lelaki, jangan senyum sembarangan kepada perempuan ye lebih-lebih kalau sedar diri tu dah berpunya ( haha, ayat kasar kot! Jangan terasa kehkehkeh :P ).

 Bila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke dalam matanya, dia akan CAIR seperti CHOCOLATE.Wow, so sweet la :)



Terliur bila tengok coklat and aku paling suka time dia bagi hadiah coklat. Suka sangat-sangat and i love chocolate very much! Urm, semoga tips ini memberi manfaat.

p/s : setuju? feel free to drops your comments below.Happy blogging =)

Bila Kita Sayang Orang Itu




Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pon takpe
Tapi bile dia tunggu kite???dia marah2
Hati kate ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu

Biler kiter sayang orang tu
Kiter tak tdo pon tak pe layan dia yang ngah bosan,
Tp biler kite bosan Ada dia layan kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt…klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dengar luahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT…





Perkara kecil namun bermakna buat wanita

Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah hanya dengan memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta,emas,berlian mahupun rumah yang cantik.Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka.Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

 PUJIAN MESKIPUN TANPA SOLEKAN
- Ketika baru bangun dari tidur,suami memuji kecantikan.Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati.Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

 MENDENGARKAN KELUHAN
- Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya  mahu meluahkan apa yang dilalui.Ketika suami medengar luahan ini tanpa menghakimi,isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

 BANTUAN TANPA DIPINTA
- Ketika isteri sedang membawa barang berat,suami pantas membantu tanpa perlu diminta.Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan.Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

 MEMIKIRKAN HAL-HAL KECIL
- Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis,tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda.Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupainya isteri,suami akan makin dicintai.

 MEMBUATKAN TEH
- Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya.Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri,tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali.Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.

Tips Kekalkan Percintaan

Asalamualaikum semua.... Today ieyrah nak share tips2 nak kekalkan percintaan.... Perlu ke? Of corze la perlu kan bagi sesiapa di luar sana yang sedang dilamun cinta..Chewaah! Macam ieyrah ni berpengalaman la pulak..Kadang2 cinta mampu membuat yang sedih menjadi ceria,yang jahat menjadi baik,peperangan menjadi pendamaian,kebencian menjadi persaudaraan,pahit menjadi manis,luka menjadi sembuh dan sakit menjadi sihat.. Sudah menjadi kebiasaan,stiap orang pasti pnah bgaduh dgn pasangan korang kann? Semestinya tips-tips seprti ini dperlukan.. Hope entry kali ini membantu anda.. =)
Mengaku kesalahan

Apabila kamu melakukan kesalahan, jgn malu untuk mengakuinya...Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan 'maaf'..Nampak seperti mudah kan? Tapi ieyrah percaya pasti ramai yg gagal melakukannya..kan? Tunjukkan keikhlasan korang dan jgn sesekali mgulanginya okayy.. =)

Eratkan hubungan bersama
Ajaklah kekasihmu melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya...Aktiviti ini dapat mengeratkan hbungan kamu dan si dia..Tak percaya? Cubalah..

Dekati hobi kekasihmu
Dekati hobi kekasihmu dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut..Ini akan mengeratkan hubunganmu kerana mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama..

Jangan bandingkan kekasihnmu
Jangan sekali-kali membandingkan kekasihmu dengan orang lain terutamanya bekas kekasih mahupun kawan-kawan baikmu..Seolah-olah kamu lebih mementingkan mereka..

Hormati ego kekasihmu
Semua orang mempunyai ego..Hormati ego kekasihmu dan jangan merendahkan ego kekasihmu di hadapan orang ramai..Jika dia sedang marah,lebih baik berdiam diri..


Selesaikan masalah bersama
Setiap masalah harus diselesaikan,bukannya ditinggalkan dengan alasan "lupakan saja".. Suatu hari nanti masalah itu akan berbangkit dan membawa kepada masalah yang lain..

Tips Untuk Melupakan Kekasih

Hello guys..Semua orang mesti penah merasa bagaimana terseksa nya nak melupakan kekasih hati..Lebih2 lagi si dia orang yang paling kita sayangi dalam dunia ni..Yess! Ini tak mustahil boleh berlaku pada sesiapa sahaja..Tak kira la orang tu jauh ke dekat..Entri kali ni khas buat u allz yang rasa nak lupakan kekasih korang ! ieyrah  harap tips yang agak 'gila' ni dapat membantu u all bile stress! kalau rase nak cuba, cuba la..Hahaha..

(1) Korang tulis 10 pucuk surat dan korang poskan kat diri korang sendiri, pastu balas ler balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...


(2) Jauhkan diri korang daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung


(3) Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau wat sesi berkenalan tepi-tepi jalan.... Bukak ler warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..


(4) Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik korang bertambah, korang pasti akan lupa kat pasangan korang tu, sebab korang terlalu sibuk menjaga
itik-itik gembo korang....


(5) Sibukkan diri korang dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah lebat nanti, korang carikk ajer yang lain, kawin terus, senang idup tak
yah susah-susah nak sakitkan kepala...


(6) Korang pi ngadap cermin korang yang sememangnya setia ngan korang... Korang buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu korang gelak ler sendiri...


(7) Kalo korang still teringat kat pasangan korang tuh, korang pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, korang
wat-wat terjatuh dari tangga, sampai korang terus ilang ingatan, nescaya ler.. korang akan luperkan terus pasangan korang tuh...dengan diri sendiri pun
korang tak akan ingat lagi..


(8) Kalo ingatan korang masih ada, pi jerk rumah jiran sebelah, minjam tukol, pastu korang wat ler tak tau sambil ketuk pala korang sendiri sampailer ilang
ingatan...


NOTE:
A.kalo jiran korang tak bagi minjam tukol, korang
curikk jerk, pastu lari ler..takkan dok wat sesi
berkenalan ngan jiran korang lak..


B.Kalo susah sangat... korang hantuk jerk pale korang
tuh kat dinding ngumah, buat ler sampai korang rasa
dah bosan dengan hantukan korang tuh...



(9) Gantung gambor si-dia kat dinding .. korang kutuk,korang karate, gusti, giget, mamam, telan... wat ler pe-pe je asal ati rasa pueih..





(10) Wat-wat giler kejap.. sajer layan perasaan sendirik... ph34r.gif 





(11) Kalau masa drive..ternampak lori KONTENA..LANGGAR AJER LORI KONTENA TU..nescaya boleh lupakan kekasih..





(12)Berlari mengelilingi malaysia mcm Forest Gump. Dah penat baru berenti

Assalamualaikum semua..Wahh rindu gila la dengan blog.Dah lama tak post entri terbaru.Hal maklumlah sekarang ni ieyra busy dengan facebook  dan perkembangan ieyrah sekarang ni ialah ieyrah  busy dalam pencarian kekasih . Alhamdulillah ni semua rezeki dari Allah.Anyway ieyrah tetap utamakan pelajaran..Post kali ini berkisarkan tentang 10 cara romantik memohon maaf.Ini khas untuk pasangan couple or yang sudah berkawin.Ingat pesan ieyrah,jangan lokek dan ringankan mulut untuk meminta maaf kalau kita ada buat salah.Lagipun kita tak perfect kan?Jom lihat tips ini :-

Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya.Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan kamu adalah bunga kegemaran dia


 Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara.Jadi hadiahkan kepadanya sebagai tanda kamu memohon maaf.Paling romantik jika coklat tersebut kamu suapkan ke mulutnya sebagai tanda kamu begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi


 Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 ALASAN mengapa si dia perlu memaafkan kamu.Sebab pertama sudah tentulah kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya


 Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik,apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran kamu berdua dengan ucapan memohon maaf.Tambah romantik jika kamu sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.Wahhh,romantiknya, :)


 Jika berkesempatan,tunjukkan kemahiran memasak kamu.Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin.Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat,si dia pasti melupakan rajuknya


 Apa kata kamu bawa si dia ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan.Pasti sweet kan?


 Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara kamu berdua.Dengan kenangan manis tersebut,mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan kamu di atas segala masalah yang terjadi


 Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya.Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan kamu yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf


 Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf.Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf


 Cara terakhir,apa kata kamu hantarkan SMS atau e-mel yang mampu mebuatkan si dia ketawa.Pasti si dia gembira.